Kebakaran hutan negeri Washington 2015
Kebakaran hutan negeri Washington 2015

Kebakaran hutan negeri Washington 2015

Siri kebakaran hutan negeri Washington 2015 telah bermula sejak 28 Jun, 2015, dan masih berlaku di beberapa bahagian di negeri Washington, Amerika Syarikat. Sejak Sejak dari Ogos 21, 2015[kemaskini] seramai 3,000 ahli bomba telah dikejarkan ke kawasan dilanda kebakaran untuk memadam kebakaran hutan yang mencecah keluasan tanah 600,000 ekar (2,400 km2).[5][6] Pada 21 Ogos, Presiden Barack Obama telah mengisytiharkan kebakaran ini sebagai suatu bentuk kecemasan persekutuan.[7] Akibat daripada aktiviti kebakaran berleluasa, untuk pertama kalinya dalam sejarah negeri Washington, pihak berwajib meminta penduduk secara sukarela untuk membantu memadamkan kebakaran.[7] Pada 24 Ogos, Komplek Kebakaran Okanogan menjadi kompleks kebakaran terbesar dalam sejarah negeri Washington.[8] According to the National Interagency Fire Center[9] di Boise, Idaho, pada 25 Ogos, api marah berterusan membakar dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 66 komplek kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1.6 juta ekar hutan di 11 buah negeri,[9] dengan 29,000 orang ahli bomba dikerahkan untuk memadam mana-mana 100 lebih tompok merah yang menandakan tompok panas dan kering yang menyerang bahagian barat pesisir, termasuk Washington, Idaho, Oregon, Montana dan California.[6] Terdapat 12 kebakaran besar berlaku di negeri Washington yang memusnahkan keluasan hutan 709,246 ekar (2,870.22 km2).[9] Sehinga 25 Ogos, Brigade Artileri Lapangan ke-17 Amerika Syarikat, Tentera Amerika Syarikat telah menghantar 200 orang askar dari Joint Base Lewis–McChord bagi membantu memadamkan kebakaran[9] dan 4000 sukarelawan telah dilantik untuk membantu dalam memadamkan api secara profesional di Washington.[10]

Kebakaran hutan negeri Washington 2015

Tarikh 28 Jun 2015 (2015-06-28) – kini
Bangunan termusnah 200 homes[3]
Kematian 3[5]
Kecederaan 4[4]
Lokasi Washington, Amerika Syarikat
Jumlah keluasan terjejas 600,000 ekar (240,000 he) (August 23)[1]
Jumlah kebakaran 16+
Penyebab Dibawah penyiasatan, panahan petir[2]

Rujukan

WikiPedia: Kebakaran hutan negeri Washington 2015 http://www.cbc.ca/news/canada/british-columbia/oka... http://www.aljazeera.com/news/2015/08/wildfires-wa... http://wa-dnr.s3.amazonaws.com/publications/rp_com... http://www.foxnews.com/us/2015/08/21/three-firefig... http://abcnews.go.com/US/wireStory/sheriff-firefig... http://www.komonews.com/news/local/Mother-of-falle... http://www.latimes.com/nation/nationnow/la-na-nn-w... http://gacc.nifc.gov/nwcc/information/firemap.aspx http://www.nifc.gov/fireInfo/nfn.htm http://inciweb.nwcg.gov/state/49/